Norah Jones
Norah Jones

Norah Jones

Norah Jones (dilahirkan sebagai Geethali Norah Jones Shankar; 30 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemain sitar yang berbangsa India iaitu Ravi Shankar. Beliau juga adalah adik angkat kepada Anoushka Shankar.Pada tahun 2002, beliau melancarkan kerjaya muzik solo dengan pengeluaran album yang berjaya dan diiktiraf iaitu Come Away with Me dan disahkan sebagai album diamond pada tahun tersebut. Album ini juga mampu menjual sebanyak 20 juta salinan. Rakaman ini membolehkan beliau memenangi lima Anugerah Grammy termasuk Album of the Year, Record of the Year, dan Best New Artist. Seterusnya, album studio beliau yang kedua bertajuk Feels Like Home yang dikeluarkan pada tahun 2004. Selain itu, album Not Too Late pula dikeluarkan pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama beliau muncul sebagai pelakon dalam filem My Blueberry Nights . Album The Fall dikeluarkan pada tahun 2009 dan mendapat status platinum selepas terjual lebih daripada berjuta salinan. Album ini juga diterima baik oleh para pengkritik. Di samping itu, album studio yang kelima bertajuk Little Broken Hearts telah dikeluarkan pada 1 Mei 2012.Beliau juga telah memenangi sembilan Anugerah Grammy dan disenaraikan sebagai 60 muzik terlaris oleh artis pada dekad 2000 hingga 2009 oleh majalah Billboard. Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan telah menjual lebih daripada 40 juta album di seluruh dunia. Billboard telah menamakan beliau sebagai artis Jazz ternama pada dekad 2000–2009 yang juga menjadikan beliau sebagai salah seorang artis terlaris pada masa beliau.

Norah Jones

Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu, pemuzik, pelakon
Berasal dari Denton, Texas, USA
Nama lahir Geethali Norah Jones Shankar
Pengkarya berkait The Little Willies, El Madmo, Liberation Prophecy, Wax Poetic, Peter Malick, Foo Fighters, Dave Grohl, Willie Nelson, Ray Charles, Q-Tip, Peeping Tom
Instrumen Vokal, keyboard, gitar, bass, saksofon
Syarikat rakaman Blue Note
Laman sesawang www.norahjones.com
Kelahiran (1979-03-30) 30 Mac 1979 (umur 40)
Brooklyn, New York, A. S.
Genre Adult Contemporary, jazz, vocal jazz, folk, country, roots rock, lo-fi
Tahun aktif 2001–kini